Apakah Score A Program?


Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.


Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskinidengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program Score A ini menjadipenyelesaian kepada masalah berkenaan.


Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tahun satu sehingga tingkatan tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR dan PMR. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.


Pada tahun 2002, Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya, pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya. Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpulkertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 200593 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.


Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar yang sangat lemahdengan terbuktinya beliau gagal beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu, kehadirannya adalah amat cemerlang sekali. Ketika ditingkatan 2, ibubapa beliau telah melanggani program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan. Semasa di tingkatan 3, beliau sudahpun menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR. Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar di Malaysia.


Score A telah dipasarkan sejak pelancarannya pada tahun 2002diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya pada tahun 2006, Score A telah dipasarkan secara meluas setelah mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya. Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.